Koleksi Artikel Jurnal
Dublin Core
Title
Koleksi Artikel Jurnal
Description
Koleksi Bibliografi Beranotasi Artikel Jurnal Tentang Perubatan Tradisional Melayu
Contributor
sans
Collection Items
Ilmu perubatan Melayu tradisional dari naskhah-naskhah lama
Artikel ini mengkaji ilmu perubatan Melayu tradisional yang terdapat dalam naskhah-naskhah lama.
Main teri: warisan perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu
Main Teri merupakan perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya di negeri Kelantan
Amalan perubatan tradisional masyarakat Melayu Sarawak
Artikel ini mengenai amalan perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Sarawak, serta bagaimana ia menjadi sebahagian daripada budaya dan warisan tempatan.
Penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional
Artikel ini meneliti penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional, khususnya dalam rawatan penyakit batin dan ritual yang berkaitan dengan warisan budaya.
Tasawur perubatan Melayu berdasarkan kitab perubatan melayu
Artikel ini tentang kajian satu percubaan untuk mengemukakan amalan perubatan Melayu yang holistik merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia dari segi psikologi, emosi, mental dan fizikal.
Perubatan Melayu tradisional: kitab tibb pontianak
Artikel ini mengkaji kitab Tibb Pontianak sebagai sumber rujukan penting dalam perubatan tradisional Melayu, menggariskan kandungan dan kaedah rawatan yang terdapat dalam manuskrip
Amalan diagnosis dalam perubatan Melayu berdasarkan kitab tib
Artikel ini membincangkan kaedah diagnosis dalam perubatan tradisional Melayu yang terdapat dalam Kitab Tib, dengan analisis kandungan yang mendalam.
Terapi mandi bunga dalam perubatan Melayu untuk penjagaan kesihatan mental
Artikel ini mengkaji amalan mandi bunga dalam perubatan tradisional Melayu sebagai satu bentuk terapi untuk penjagaan kesihatan mental, dengan menekankan keberkesanan amalan ini dalam konteks budaya Melayu.
Kepandaian orang Melayu dalam mentafsir ruang perubatan
tradisional
Artikel ini membincangkan kepandaian orang Melayu dalam bidang pengubatan tradisional, dengan fokus pada penggunaan Kitab Tib dan Mujarrobat Melayu sebagai sumber rujukan.
Kajian integrasi mengenai kedudukan sesawi dan khasiatnya dalam Al-Quran, Hadis, manuskrip perubatan Melayu dan sumber-sumber lain
Artikel ini mengenai kajian yang merentasi pelbagai sumber ini dengan penglibatan Al-Quran, hadis, manuskrip perubatan Melayu dan sumber-sumber lain adalah bertujuan untuk melihat kedudukan sesawi dan khasiatnya.